welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~
Showing posts with label Galeri Gambar. Show all posts
Showing posts with label Galeri Gambar. Show all posts

Saturday, 11 February 2012

HOBI PENYELARAS PKG SUNGAI AIR TAWAR

Dalam diam rupanya Penyelaras PKG Sungai Air Tawar  : Encik Mohd Fakhrul Ariffin bin Mohd Yunos mempunyai hobi yang tersendiri.Berminat dengan tanaman bonsai rupanya.Lihatlah betapa seninya hasil bonsai yang telah diusahakan beberapa tahun lalu.Kesemuanya dari species bunga kertas pelbagai hibrid.



Bongsai itu satu seni
Bongsai yang sangat menarik

Jika berkenan mempelajari seni,silalah berkunjung ke kuarters guru SK Parit Baharu di mana Encik Mohd Fakhrul Ariffin tinggal sekarang. Pasti tidak menghampakan, ilmu yang berguna patut disebarkan sebagai amal jariah.



Wednesday, 19 October 2011

LAWATAN KE PULAU PINANG

Selepas UPSR murid-murid Tahun Enam diberi peluang bersantai makan angin ke Pulau Pinang pada 15 Oktober 2011.Lawatan ini melibatkan 37 orang murid Tahun Enam dan 8 orang guru.Seperti kebiasaan lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Shafii bin Bakri yang lebih dikenali di sini dengan gelaran "Atuk" sememangnya dinantikan akan penganjuran lawatannya saban tahun.
Sebahagian Murid Yang Menyertai Lawatan
Sempat Bergambar Selepas Solat Subuh Di Masjid Negeri
Naik Keretapi Ke Bukit Bendera (Penang Hill)
Sampai Di Bukit Bendera
Astaka Sejarah Keretapi Bukit Bendera
Pintu Masuk Ke Landasan Keretapi Bukit Bendera
Melawat Muzium Perang Batu Maung

Ke Tapak Meriam Di Puncak Bukit Batu Maung
Berada Dalam Terowong Berukuran 1 x 1 meter

Gambar Mangsa Penderaan Perang
Melawat Akuarium Jabatan Perikanan Batu Maung
Kerapu Gergasi
Penyu Karah

Akuarium Gergasi Mempamerkan Sebahagian Hidupan Laut Malaysia
Singgah Solat di Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid ini dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007
Dekorasi Masjid: Daun Kipas Angin Yang Menjulang Ke Atas Seperti
 Di Masjid Negeri Shah Alam

Melawat Toys Museum Tanjung Bungah
(The Largest Toys Museum In The World: More Than 300,000 toy collections)

Pameran Koleksi Anak Patung Jepun
Pameran Koleksi Anak Patung Malaysia
Makan Tengah Hari Di Tanjung Bungah...Nasi Ayam....Wow Sedapnya

Singgah Bersantai Di Jeti Feri Pulau Pinang

Singgah Membeli belah di Pasar Chaorasta

Tertarik Dengan Jeruk Buah Melaka

Inilah Jeruk Buah Melaka Dari Pandangan Dekat

Pasar Chaorasta adalah destinasi lawatan yang terakhir sebelum perjalanan pulang ke Sabak Bernam kira-kira jam 6.45 petang. Semua peserta lawatan selamat sampai di SK Parit Baharu pada jam 12.30 malam dengan perasaan gembira dan ceria walaupun dalam keletihan sehari semalam perjalanan.




Wednesday, 5 October 2011

LAWATAN RAKAN MAKMAL ICT ZON SUNGAI AIR TAWAR

Selepas Taklimat Guru-guru Bestari dan Juruteknik ICT yang berlangsung di PKG Sungai Air Tawar pada 5 Oktober 2011,satu lawatan persahabatan telah diadakan ke Makmal ICT SK Parit Baharu.Reaksi yang memberangsangkan dari rakan-rakan ICT tercetus di sini.Komen dan pandangan bernas rakan-rakan ICT sangat-sangat diharapkan bagi memajukan makmal ini.Lihatlah keceriaan wajah masing-masing yang berkunjung secara adhoc dan tidak terancang.


Di hadapan komputer lama 1985....nostalgia sumbangan SK Seri Mawar
(sudah tidak berfungsi,kini jadi bahan sejarah)
Sudut Inovasi ICT: Kreativiti Ustaz Mohd Taufiq Amir

Telah dirungkai tetapi masih berfungsi.

Fail-fail yang telah dikemaskini
Komponen komputer untuk tatapan dan bahan pembelajaran
Catatan pelawat jadi bukti akan kehadiran anda

Kehadiran veteran ICT

Berkongsi maklumat

Lepas ni follower lah blog kami

Catatan anda jadi sejarah


Di atas kehadiran anda pihak kami mengucapkan:
Terima kasih daun keladi,
Jangan serik datang lagi.

Monday, 12 September 2011

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2011

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, telah mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan sambutan hari kemerdekaan pada 15 Sptember 2011 secara serentak.Walaupun demikian sekolah telah membuat keputusan bahawa sambutan tersebut terpaksa diawalkan pada 9 September 2011 kerana UPSR masih berlangsung pada 15 September 2011.Acara yang menarik diadakan pada sambutan tersebut adalah peraduan melaungkan kemerdekaan sebanyak tiga kali.Setiap kelas diwakili seorang murid.




Sebahagian peserta-peserta yang hebat.
Kemerdekaan untuk dihayati.
Murid-murid lelaki menyaksikan persembahan
Sebahagian murid murid perempuan
Gelagat murid tahap satu
Tak tahan..lama sangat duduk bersila.

Pertandingan mewarna bagi murid Tahap Satu dan Dua juga telah diadakan.Pertandingan ini masih mengekalkan tema "1 Malaysia".

Kelas yang ceria juga dihakimi.




Makmal ICT juga tidak ketinggalan dengan menghias
 bahagian luar bangunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...